Geografi Bandar raya Kuching

Kuching ialah ibu negeri Sarawak, Malaysia yang terletak disepanjang Sungai Sarawak, lebih tepat dikawasan tebing muara sungai. Dalam gambar tertera Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak

.

Kuching terletak di tebing Sungai Sarawak yang terletak pula di bahagian barat laut pulau Borneo. Garisan bujur dan garisan lintang Kuching ialah 01°33' U, 110°25' T.

Kuching mempunyai iklim tropika yang sederhana panas serta banyak berhujan. Hujan tahunan puratanya adalah lebih kurang 4,000 mm atau 160 inci. [9]. Kuching ialah bandar raya yang paling lembap di Malaysia. Bulan-bulan yang paling lembap adalah antara November dan Februari semasa musim Monsun Timur Laut. Suhu puratanya adalah di sekitar 23 °C pada jam-jam awal pagi dan naik sehingga lebih kurang 32 °C pada tengah hari. Suhu ini adalah tetap pada sepanjang tahun.

Kuching mendapat sebanyak lima jam sinaran matahari pada puratanya setiap hari. Pada bulan Januari, semasa kemuncak musim monsun, sinaran matahari setiap hari adalah lebih kurang 3.7 jam. Hujan lebat pada tempoh ini kekadang mengakibatkan banjir.

Rujukan

WikiPedia: Bandar raya Kuching http://maps.google.com/?ie=UTF8&ll=1.5544,110.3546... http://www.multimap.com/map/browse.cgi?lat=1.5544&... http://www.sarawaktourism.com/damai.html http://www.terraserver.com/imagery/image_gx.asp?cp... http://www.theborneopost.com/2011/08/02/ex-cop-swo... http://www.theborneopost.com/2012/04/12/chinese-po... http://www.world-gazetteer.com/wg.php?x=&men=gcis&... http://www.worldclimate.com/cgi-bin/data.pl?ref=N0... http://album.club-internet.fr/album/disp_serie.pht... http://archive.is/8eY6